Saturday, July 26, 2008


Sejarah MINYAK WANGI

Tahukah anda perfumes (minyak wangi) berasal dari Mesir, bukan dari negara Perancis iaitu negara yang dikenali hebat sebagai pengeluar perfumes. Ketika itu, di Mesir, pewangi digunakan untuk berbagai keperluan ritual bermula dari ketika kelahiran anak sehingga ke upacara kematian. Dupa dan kayu manis dibuat sebagai bahan asas yang diolah dengan cara digiling, diparut dan ditumbuk.

Setelah itu, barulah proses pembuatan perfume kian maju dengan adanya proses secara teknologi terkini, iaitu mengambil wangian melalui wap air di dalam proses penyulingan. Setelah itu, barulah hasil penyulingan itu diolah menjadi berbagai jenis campuran essence (pewangi) dan kadar alkohol, di mana setiap jenisnya memiliki ketajaman aroma yang berbeza-beza.

APA ITU EDC, EDT, EDP Perfume

• Eau de Cologne (EDC)
Ini merupakan jenis wangian paling ringan. Itu kerana kadar alkoholnya paling tinggi dan hanya terdapat sekitar 5 peratus campuran pewangi. Jenis ini wangiannya cepat hilang. Jenis ini sesuai digunakan apabila selesai mandi.

• Eau de Toilette (EDT)
Wangian ini satu tahap lebih tinggi di atas cologne. Kadar alkoholnya juga tinggi, walaupun tidak setinggi cologne, sementara kadar pewanginya hanya sekitar 12 peratus. Bila mahu mendapat kesegaran yang boleh bertahan cukup lama, jenis wangian ini merupakan pilihan yang paling ideal, kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam serta boleh bertahan hingga 3-4 jam, sesuai untuk semua keadaan.

• Eau de Perfume (EDP)

Wanginya cukup tahan lama hingga 4-6 jam. Jenis wangian yang ini memiliki kadar alkohol sedikit sementara kadar pewanginya sekitar 15 hingga 22 peratus. Oleh sebab itu, bau wanginya cukup kuat dan tahan lama sehingga lebih sesuai digunakan di malam hari, terutama untuk menghadiri acara rasmi.

• Perfume
Dari semua jenis wangian, jenis ini dia yang paling bertahan lama sehingga 6-12 jam. Kadar aromanya mencapai 22 peratus tanpa campuran alkohol. Tidak perlu terlalu banyak memakai jenis wangian ini kerana wanginya sudah boleh tercium dari jarak yang cukup jauh.

PENGENALAN


KAMI adalah pembekal minyak wangi 1001 jenama. Jenama kami dari seluruh negara di dunia ini termasuk dari negara pertama pembuat minyak wangi iaitu Perancis. Kami boleh membekalkan kepada anda minyak wangi yang boleh anda jual di tempat anda dengan keuntungan berlipat ganda. Modal anda cuma bermula dari RM5 sebotol dan anda boleh menjual dengan harga RM30.
Minyak wangi dari kami adalah berkualiti dan tahan lama serta menjadi pilihan masyarakat Malaysia, Singapura, Brunei.
99% rakyat Malaysia menggunakan minyak wangi dalam urusan seharian. Yang bezanya cuma jenama kerana setiap manusia citarasanya berlainan. Ada yang suka bauan begini dan juga ada yang suka bauan begitu. Jadi ini bermakna, setiap manusia akan membeli minyak wangi kesukaan mereka dalam kehidupan. Sabda Rasulullah, " Sesiapa yang menghabiskan 1/3 dari hartanya untuk wangian, maka dia bukanlah dari golongan yang membazir".

BISNES MINYAK WANGI

Jadi adalah bertepatan anda mengambil kesempatan ini untuk menjual minyak wangi ini. Anda boleh mulakan dengan mereka yang hampir dengan anda seperti adik beradik, saudara mara, jiran, kawan sekerja dan masyarakat setempat.

Kami boleh membantu anda membekalkan minyak wangi ini untuk anda jual dan mendapat keuntungan yang berlipat ganda.

Jika anda mempunyai kesungguhan dalam bisnes ini, anda boleh mengusahakan berniaga di

a) PASAR MALAM
b) PEJABAT
c) KARNIVAL
d) PASAR TANI
e) PASARAYA
f) DIRECT SELLING (Jualan Terus)

Di bawah ini kami sertakan senarai harga untuk anda bagi anda memulakan bisnes anda: